diyalna

( Gambar : Diyalna, Membina Generasi Serba boleh)


بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً

Sampaikan apa yang diambil daripadaku walau satu ayat

(HR Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab Ahadis al-Anbiya’, No. 3461)

Ilmu merupakan satu anugerah Allah kepada kita. Seseorang yang mencintai ilmu, hatinya akan sentiasa terpaut untuk mencari dan mempelajarinya tidak kira dengan apa juga medium sekalipun. Mereka yang mempunyai ilmu pula wajib menyebarkannya kepada orang lain demi kemaslahatan umat islam bersama. Rasulullah bersabda “Sampaikan apa yang diambil daripadaku walau satu ayat.” (HR Bukhari). Di zaman ketemporari ini, inovasi penyebaran dakwah sebenarnya menjadi cukup mudah. Medium dakwah harus dipelbagai dan diperluas dengan mengambil setiap peluang yang ada dari kekuatan teknologi masakini. Sabda Rasulullah “Kamu lebih tahu hal ehwal dunia kamu.” (HR Muslim)

Untuk mencapai keberkesanan dalam perjalanan dakwah, sejarah Rasulullah wajib kita hayati bersama. Renung kembali cabaran dakwah Baginda dari mula menerima wahyu hinggalah Islam mencapai kemenangan dan menegakkan Daulah Islamiyah. Lihat bagaimana ekspedisi dakwah Nabi ke Taif yang disambut dengan lontaran batu sehingga berlumuran darah dan dimaki hamun. Baginda mengadu kepada Allah dan akhirnya Jibrail datang mengkhabarkan berita bahawa malaikat yang menjaga bukit bersedia untuk menghempaskan bukit ke atas penduduk Taif tetapi tawaran itu ditolak oleh Baginda. Baginda tetap bersabar dan terus berusaha hingga akhirnya Islam diterima di Taif dan menjadi kubu kuat Islam selepas peristiwa Hijrah. Lihat dan renungi uslub dakwah Rasulullah. Muhasabah diri kita. Hari ini, medium dakwah begitu banyak sekali tetapi begitu banyak juga masyarakat Islam yang terlena. Lupa dengan kewajipan kita untuk berdakwah.

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir” (al-Baqarah, 286)

**********

Dalam usaha menyebarkan ilmu kepada masyarakat dan remaja Islam khususnya, Diyalna muncul sebagai salah satu medium dakwah bersesuaian dengan kehendak jiwa masyarakat masakini.

Diyalna diasaskan oleh pelajar Malaysia di Maghribi yang mempunyai kemahiran dan kriteria dalam bidang masing-masing. Melihat kepada kemahiran individu ini, kami melihat adalah lebih baik jika ia disatukan untuk menjadikan skop dakwah yang lebih berkualiti, fleksibel, praktis dan futuristik lebih-lebih lagi ketika remaja Islam hari ini sedang berdepan dengan budaya negatif yang dilambakkan oleh barat samada dalam bentuk penjajahan minda, gaya hidup bebas dan sebagainya yang menjerumuskan mereka kepada fahaman hedonistik yang amat kritikal. Melihat kepada kekeringan umat mengenai agama dan thaqafah ilmu ini, kami muncul dengan harapan dapat memberi sumbangan yang sedikit demi membantu masyarakat khususnya remaja Islam yang satu hari nanti akan menjadi simbolik untuk kepimpinan negara di masa hadapan.

Untuk meneruskan perjuangan risalah Islam dalam arus perubahan moden hari ini, kita perlukan kekuatan yang matang dari segi keyakinan, kesungguhan, kecekalan dan kekuatan ilmu itu sendiri. Kekuatan teknologi di era digital dunia tanpa sempadan ini serta perlumbaan ilmu adalah salah satu cabaran kepada umat islam yang mampu diharungi hanya kepada meraka yang bersedia dari segi mental, fizikal dan spiritual. Semoga kita berjaya memanfaatkan teknologi ini demi membantu umat Islam yang tercinta khususnya masyarakat Islam di Malaysia.

Semoga hasil kebajikan yang kecil ini diberi balasan yang setimpal disisi-Nya.

“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan walau seberat zarah sekalipun, nescaya Dia akan melihatnya.” (az- Zalzalah, 7)

friendsterkusayang( Tekan butang Go Go Go dan lihatlah gambar di private profile! Semudah A B C..! )

Dunia tanpa sempadan atau globalisasi membawa kita ke arah hidup yang lebih sempurna. Sempurna jika kita pandai merentasinya dengan baik. Tetapi celaka jika kita yang hanyut bersama nafsu dunia.  Dengan adanya internet, anda sebenarnya telah menguasai dunia hanya dengan jari anda sendiri atau anda yang dikuasai dunia. Itu piihan, bergantung pada hati dan nafsu kita samada berjaya menggunakannnya dengan baik atau sebaliknya.

Friendster. Anak muda mana yang tidak kenal Friendster? Friendster merupakan sebuah rangkaian sosial yang digilai remaja hari ini.  Rangkaian sosial ini juga sudah tentu cepat merebak dari  individu kepada individu yang lain selari denga naluri remaja yang sentiasa ingin mempelajari sesuatu yang baru lebih-lebih lagi di dunia yang telah diiktiraf sebagai dunia tanpa sempadan ini. Rangkaian ini juga sudah tentu lebih bermakna kepada mereka yang duduk di luar negara yang sentiasa merindukan untuk berhubung bersama keluarga,  teman lama, mencari teman baru dan sebagainya.

Friendster ditubuhkan oleh Jonathan Abrams, berasal dari California, Pantai Barat Amerika Syarikat. Bagaimana beliau mendapat idea untuk menubuhkan Friendster? Apa tujuannya? Dari mana beliau mendapat kewangan untuk membinanya? Sedia maklum, orang yang banyak melabur untuk projek rangkaian sosial Friendster ini adalah Mark J. Pincus, seorang usahawan berasal Silicon Valley yang juga tempat asal Jonathan Abrams. Beliau banyak menyumbang dari segi kewangan kepada Jonathan Abrams untuk membina Friendster di akhir tahun 2002.  Mark J. Pincus menyatakan secara mudahnya Jonathan Abrams mendapat idea untuk membuat rangkaian Friendster hanya kerana ingin berjumpa seorang wanita yang cantik setelah dia gagal dalam pencintaan. Itulah antara matlamat asal hingga terbinanya syarikat Friendster. Tetapi perlu diketahui, setelah beberapa tahun membangunkan projek Friendster ini, beliau menarik diri lalu membina rangkaian sosial lain bernama Socializr.

Hari ini rangkaian komuniti Friendster menjadi kegilaan remaja untuk bersosial. Secara mudahnya, Friendster seperti sebuah laman untuk kita berkongsi maklumat peribadi dengan orang lain. Ketika saya menulis artikel ini (17 Februari 2009), syarikat rangkaian sosial yang paling popular dibuka di Malaysia adalah Friendster, diikuti Facebook, Myspace,dan Tagged.

*********

Cuba tanya kawan-kawan kita, bagaimana dia mengenali Friendster? Sudah tentu jawapannya “Saya ikut kawan“ atau “Kawan yang ajar” atau “Kawan asyik tanya”.  Sungguh? Boleh kita nafikan?. Tanya pula apa tujuan dia membuat akaun Friendster? Maka sudah tentu jawapannya “Nak cari kenalan lama” atau “Tak nak berpisah dengan sahabat” atau “Ingin mencari kenalan baru”. Boleh anda nafikan? Sudah tentu tidak kerana atas dasar itulah Friendster ditubuhkan! Persoalan, berapa banyak manfaat yang kita dapat melalui Friendster ini? Dan berapa banyak pula keburukan yang kita dapat? Apa tujuan kita sebenarnya? Ya, tak dinafikan kita mempunya naluri ingin tahu, ingin mencuba dan ingin merasa sesuatu baru yang agak menarik, tetapi kita lupa kadangkala dengan perasaan itu juga membuat kita tersimpang, hanyut dan terus hanyut dibuai kelekaan sehingga lupa tujuan kita sebenarnya. Baru-baru ini saya terbaca satu blog pelajar dari Leeds dengan tajuknya “Sayonara Friendster” (Selamat tinggal Friendster) bertarikh 4 Jun 2006. Terkedu. Terkejut. Jika benar, bagusnya mereka mengambil langkah terus meninggalkan Friendster hanya kerana takut dengan kesan negatif yang akan diterimanya. Tapi kita? Kita juga bagus jika dapat memanfaatkannya dengan baik.

YAKIN TAK BERTEMPAT

Saya tidak mahu menyentuh manfaat yang kita dapat melalui Friendster kerana sudah pasti itulah matlamat asal kita menggunakan Friendster. Betul bukan? Tetapi bagaimana pula jika kita terlupa matlamat asal yang seterusnya membawa kita hanyut? Bagaimana pula dengan kesan-kesan negatif yang kita sendiri tidak tahu? Setuju atau tidak jika saya kata setiap data yang kita simpan dalam internet sebenarnya telah  menyumbang peratusan untuk di ceroboh? Contoh, jika anda mencipta  sebuah basikal, masakan anda tidak tahu bagaimana kaedah untuk membuka komponennya? Orang yang membeli basikal itu pula sudah tentu boleh belajar kaedah membukanya sedikit demi sedikit, sungguh?  Maka apa bezanya dengan Friendster?.

Bersambung…

Bahagian dua (akan datang) :

  • Anda yakin dengan Private Profile atau Private Album?
  • Yakin tak bertempat
  • Budaya tak malu!
  • Alahai wanita islam
  • Dan lain-lain..

Sumber :

komponen

( Gambar Hiasan : Beberapa komponen logoku yang gagal bersaing)

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. – An Nisa’,58

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Apabila ditanya apa itu SPR, maka ada yang menjawab SPR itu badan yang menguruskan pilihanraya, orang tengah untuk pilihanraya dan sebgainya.  Ya, jawapan yang mudah sekali tetapi soal tanggungjawabnya dan skop tugas SPR itu sendiri adalalah amat berat. SPR sudah tentu wajib untuk  berlaku adil  dan kita semua tahu apa yang dimaksudkan dengan adil.   Mudah untuk kita bercakap tentang adil tetapi kadang-kadang kita sendiri terlepas pandang  ketika melakukan sesuatu urusan.

Untuk  SPR PMMM, selamat berlaku adil dan selamat menjalankan tugas. Anda bertuah kerana diberi kepercayaan untuk mengendalikan pilihanraya  ketika masih bergelar mahasiswa lagi.  Sudah tentu inilah masanya untuk belajar. Belajar untuk menghadapi tugas  dan amanah yang lebih berat   yang menanti kita di masa akan datang.  Perlu tahu, tanggungjwab yang telah diberikan ini sebenarnya memberi peluang untuk terus meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta prosedur   tentang pengurusan undang-undang. Undang-undang pilihanraya sudah pasti ditangan anda, yang adil akan dipuji yang terlihat kecacatannya sudah pasti akan dikritik. Anda juga dalam situasi yang terbaik untuk belajar menjalankan tugas dengan penuh keyakinan, professional dan berkecuali dalam semua aspek yang berkaitan.   Cogan kata Telus, Cekap Amanah perlu dinilai dengan lebih mendalam kerana cogan katalah yang dapat menjelaskan satu-satu tujuan dan prinsip yang kita pegang dalam sesuatu urusan. Bukan sekadar kata-kata untuk memenuhi syarat dalam kertas kerja. Makanya, apa makna telus? Apa definisi  cekap? Apa yang dikatakan dengan amanah?

**********

14 Februari ini, pilihanraya kecil akan berlangsung  sempena perletakan jawatan Timbalan Setiausaha Kehormat 1 dan  kita akan  tahu siapa pengganti yang akan menyandang jawatan tersebut. Tiga orang calon telah pun tersenarai. Sudah pasti mereka ini adalah orang yang berkelayakan untuk memegang jawatan tersebut. Tetapi sudah  tentu juga mereka punyai kekuatan msing-masing yang berlainan dari pelbagai aspek yang berbeza. Tidak kisahlah dari segi pengalaman, pemikiran, pendapat, penulisan, kecekapan dan sebagainya. Apa yang pasti penilaian setiap individu terhadap calon-calon ini  adalah berbeza.

Terima kasih, terima kasih dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua khususnya mereka yang telah mengundi dan memberi kepercayaan kepada saya untuk  memegang  jawatan Timbalan Setiausaha Kehormat 1 di awal sesi ini.  Ribuan kemaafan jika ada yang mengambil persepsi bahawa saya tidak menghargai undi  anda dengan perletakan jawatan ini. Ingin dijelaskan, antara sebab-sebab utama perletakan jawatan saya adalah seperti yang  di emelkan kepada  semua sebelum hari mengundi 6 Julai 2008 yang lepas disamping beberapa sebab yang  tidak dinyatakan dan bukan  kerana saya mempunyai masalah dengan pentadbiran. Terima kasih tidak terhingga dan jutaan kemaafan dipohon. Terima kasih juga kepada AMT yang menerima perletakan jawatan  ini  walaupun  saya akui  ada cara anda yang buat saya terkilan. Apapun, saya yakin kerusi ini akan di sandang oleh individu yang lebih berkelayakan sesuai dengan tema persatuan sesi ini “Menjana Keintelektualan, Memimpin Perubahan”. Untuk merubah kepada yang lebih baik, nilailah sikap kita, nilailah kerja kita, nilailah pentadbiran kita dan nilailah segala-galanya. Semoga dengan itu kita dapat menjadi seorang cendekiawan, menggunakan akal budi dalam menguruskan sesuatu,  memperoleh kemampuan yang tinggi untuk berfikir atau istilah yang lebih tepat dan mudah, untuk menjana keintelektualan itu sendiri.

Next Page »